Bertemu Tokoh Kewangan Islam Nusantara

Menghimpunkan para alim ulama, penasihat Syariah, tokoh akademik, pengamal industri serta pihak yang terlibat dalam industri kewangan Islam di rantau Nusantara yang melibatkan negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

#Muzakarah12

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara edisi ke-12 (MUZAKARAH-12) merupakan program tahunan anjuran Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa dalam Kewangan Islam(ISRA). Ia bertujuan mewujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat secara berterusan dalam  kalangan cendekiawan Syariah Nusantara berhubung hal ehwal kewangan Islam.

Adalah menjadi harapan pihak ISRA agar MUZAKARAH-12 terus berfungsi sebagai wadah bagi para cendekiawan Syariah dan semua pihak yang terlibat dengan kewangan Islam di Nusantara untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran masing-masing bagi tujuan mencapai satu persepakatan dalam mewujudkan resolusi bersama di akhir Muzakarah. Moga dengan persepakatan tersebut dapat mengukuhkan dan mengembangkan lagi kewangan Islam di rantau Nusantara.

Tidak Berkesempatan Mengikuti Muzakarah terdahulu?

Laporan 2017: Antara  perkembangan yang menarik, ISRA akan memperkenalkan dua lagi stan­dard syariah baharu berkaitan cagaran dan pertukaran mata wang asing selewat-lewatnya akhir 2017.

Pengarah Eksekutifnya, Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin berkata, standard syariah baharu berkaitan cagaran ini akan menggariskan tentang status pembiayaan, hak bank dan peminjam yang mencagar serta syarat-syaratnya.

10th Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MCSN 2016)

Laporan 2016: Sepang, June 1st-2nd 2016 – The International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) has successfully organized the 10th Muzakarah Cendekiawan Shari’ah Nusantara (the Regional Shari’ah Scholar Dialogue).

ATURCARA

08:00 AM
08:00 AM - 09:00 AM
Serambi

Pendaftaran

09:00 AM
09:00 AM - 09:45 AM
Ballroom

Majlis Pembukaan

- Bacaan al-Quran
- Ucapan Alu-aluan:
  • Prof. Dr. Mohamad Akram Bin Laldin, Pengarah Eksekutif ISRA
  • Dr. Ismail Luffi Japakiya, Rektor, Universiti Fatoni, Thailand
- Ucapan Utama: Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia
- Ucapan Perasmian: Adinan Pakbara, Timbalan Menteri kepada Perdana Menteri Thailand
09:45 AM
09:45 AM - 10:00 AM
Ballroom

PEMBENTANGAN RESOLUSI MUZAKARAH-11 (2017)

Tema: Pasca Piawaian Syariah BNM: Antara Ideal dan Realiti
10:00 AM
10:00 AM - 10:30 AM
Serambi

Rehat dan Minum Pagi

10:30 AM
10:30 AM - 12:30 PM
Ballroom

Sesi 1: Pembentangan Kertas Kerja 1

“Metodologi Pengiraan Zakat bagi Institusi Kewangan Islam: Satu Analisis”
Pembentang:
1. Dr. Luqman Bin Haji Abdullah (Malaysia)
2. Dr. Irfan Syauqi Beik (Indonesia)
3. Ust. Burhanuddin Lukman (Malaysia)

Pendiskusi:
1. Dr. Zakariya Hama (Thailand)
2. Ust. Mohd Kamal Mokhtar (Singapura)
3. Ust. Mohamad Amin bin Ibrahim (Malaysia)

12:30 PM
12:30 PM - 02:00 PM
Restaurant

Makan Tengah hari dan Solat

02:00 PM
02:00 PM - 04:30 PM
Ballroom

Sesi 2: Pembentangan Kertas Kerja 2

“Kaedah Pengiraan Zakat: Aplikasi di Institusi Perbankan Islam”

Pembentang:
1. Ust. Mohd Nazri Bin Chik (Malaysia)
2. Ust. Munawwaruzzaman Mahmud (Malaysia)
3. YM Awang Muhammad Takzimallah Bin Haji Ahmad Sanuddin (Brunei Darussalam)

Pendiskusi:
1. Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman (Malaysia)
2. Dr. Oni Shahroni (Indonesia)
3. Ust. Ahmad Husni Abdul Rahman (Malaysia)

04:30 PM
04:30 PM - 05:00 PM
Serambi

Minum petang dan Bersurai

08:30 AM
08:30 AM - 10:00 AM
Ballroom

Sesi 3: Pembentangan Kertas Kerja 3

“Kaedah Pengiraan Zakat: Aplikasi di Syarikat Pengendali Takaful”

Pembentang:
1. Ustazah Khuzama Ab. Rahaman (Malaysia)
2. Puan Yusaini Yusof (Malaysia)

Pendiskusi:
1. Dr. Cecep Maskanul Hakim (Indonesia)
2. Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor (Malaysia)
10:00 AM
10:00 AM - 10:30 AM
Serambi

Rehat dan Minum Pagi

10:30 AM
10:30 AM - 12:30 PM
Ballroom

Sesi 4: Forum

“Proses Tuntutan Hutang Tertunggak”

Panelis:
1. Dr. Suhaimi Mohd Yusof (Malaysia)
2. Ust. Fazrihan Duriat (Singapura)
3. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Malaysia)

12:30 PM
12:30 PM - 02:00 PM
Restaurant

Makan Tengah hari dan Zolat Zohor

02:00 PM
02:00 PM - 04:00 PM
Ballroom

PERBINCANGAN RESOLUSI DAN RESOLUSI

04:00 PM
04:00 PM - 04:30 PM
Ballroom

Ucapan Penutup

BERMINAT UNTUK MENJADI PENAJA /

RAKAN MEDIA