ISRA, BNM bakal perkenal dua standard baharu

ISRA, BNM bakal perkenal dua standard baharu


Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (tiga kanan) bersama para sarjana pada majlis Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara di Putrajaya, semalam. UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

PUTRAJAYA 16 Mei – Akademi Kajian Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) akan memperkenalkan dua lagi stan­dard syariah baharu berkaitan cagaran dan pertukaran mata wang asing selewat-lewatnya akhir 2017.

Pengarah Eksekutifnya, Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin berkata, standard syariah baharu cagaran akan menggariskan tentang status pembiayaan, hak bank dan peminjam yang mencagar serta syarat-syaratnya.

Beliau berkata, masalah yang sering timbul mengenai cagaran adalah apabila seseorang mencagar aset mereka di bank kemudian berdepan kesukaran untuk membayar balik justeru standard syariah itu boleh dijadikan panduan.

Jelasnya lagi, sejak ISRA ditubuhkan pada 2008, akademi berkenaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghasilkan sebanyak 12 standard syariah.

“Standard syariah yang diper­kenalkan ini bukan sahaja diguna pakai dalam negara malah turut dijadikan sebagai rujukan di pe­ringkat global.

“Pengenalan standard syariah bertujuan menyeragamkan urusan berkaitan kewangan Islam bagi merangsang industri pengurusan dana dan kekayaan Islam pada masa depan,” katanya kepada pemberita sempena Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-11 di sini hari ini.

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara anjuran ISRA yang ke-11 bertema ‘Pasca Piawaian Syariah BNM: Antara Ideal dan Realiti’ dirasmi oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Shaik Abdul Rashieed Abdul Ghaffour.

Muzakarah telah menjadi asas kepada pembentukan polisi dan pelaksanaan transaksi kewangan antaranya seperti memperkemaskan standard dan piawaian Syariah berhubung tawarruq supaya operasi pelaksanaannya menjadi lebih mudah dan teratur.

Mengenai pertumbuhan kewangan Islam secara keseluruhan, Akram berkata, pihak­nya optimis sektor itu mampu mengekalkan momentum meskipun ekonomi dunia perlahan ketika ini.

Jelas beliau, kewangan Islam berkembang pesat dalam industri kewangan global dan semakin popular di kebanyakan negara bukan Islam.

“Ciri-ciri kewangan Islam telah berjaya mewujudkan keyakinan dalam kalangan kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam untuk melabur wang mereka dalam sistem berkenaan,” katanya.

Artike Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/isra-bnm-bakal-perkenal-dua-standard-baharu-1.482256#ixzz4hQ3HYR5j
© Utusan Melayu (M) Bhd

7 Comments

  • rx ciprofloxacin hcl, April 25, 2020 @ 9:33 am

    rx ciprofloxacin hcl

    ISRA, BNM bakal perkenal dua standard baharu – Muzakarah-13

  • generic ventolin, April 27, 2020 @ 7:34 am

    generic ventolin

    ISRA, BNM bakal perkenal dua standard baharu – Muzakarah-13

  • tylenol extra strength 500 mg, May 8, 2020 @ 9:58 pm

    tylenol extra strength 500 mg

    ISRA, BNM bakal perkenal dua standard baharu – Muzakarah-13

  • NathanMus, May 8, 2020 @ 11:03 pm

    random cam sites adultcamsites1.com top 10 webcam sites.

  • buy chloroquine, May 9, 2020 @ 4:54 pm

    buy chloroquine

    ISRA, BNM bakal perkenal dua standard baharu – Muzakarah-13

  • Royal CBD, May 21, 2020 @ 5:08 am

    Very good blog! Do you have any tips for aspiring writers?
    I’m hoping to start my own blog soon but I’m a little lost on everything.

    Would you propose starting with a free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many options out there that I’m completely confused ..
    Any ideas? Kudos!

    P.S. If you have a minute, would love your feedback on my new website
    re-design. You can find it by searching for «royal cbd» —
    no sweat if you can’t.

    Keep up the good work!

  • cheap cialis, May 23, 2020 @ 7:53 am

    I hardly couldn’t go off your World Wide Web web site before suggesting that I super loved the usual selective information a soul issue on your guests?
    Is gonna be over again unendingly in regularise to scrutinise Modern posts http://www.cialisles.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

X