Ust. Ahmad Suhaimi Bin Yahya

Berkelulusan Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar Mesir and Sarjana Syariah daripada  Universiti Kaherah, Mesir dengan Kepujian Kelas Pertama. Merupakan anak Malaysia pertama memperolehi sijil professional Certified Shariah Advisor and Auditor (“CSAA”) iaitu Penasihat dan Juruaudit Shariah bertauliah oleh Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (“AAOIFI”) di Bahrain.

 

Bertugas sebagai Ketua Pegawai Shariah Hong Leong Islamic Bank. Sebelum menyertai Hong Leong Islamic Bank beliau pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Shariah Serantau, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Shariah di RHB Islamic Bank Berhad (RHBIB). Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam fiqh al-muamalat  dan kewangan Islam. Beliau pernah berkhidmat di Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar di mana pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) sebelum bertugas di SC.

 

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Syariah, Central Bank of Oman, Pengerusi, Jawatankuasa Tadbir Urus Syariah, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Ahli Panel Penulis Silibus Akademik Universiti Tempatan Berhubung Adaptasi Piawai Syariah BNM,  Exco (Timbalan Setiausaha), Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS), Penilai Teknikal untuk Chartered Professional in Islamic Finance (CPIF), CIIF, Ahli Lembaga Akademik Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) dan Ahli Jawatankuasa Syariah Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM/MAINJ. Beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2010-2012, Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM 2016-2018 dan penasihat Shariah KFH Investment Co. di Kuwait 2014-2015. Di Hong Leong Islamic Bank, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bank.

X