Dr. Abdul Nasir Haji Abdul Rani

Memegang B.A Pengajian Islam dalam Sharia daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD), M.A dalam Ekonomi Islam dan Perbankan daripada Universiti Yarmouk, Jordan serta PhD dalam Ekonomi dan Pengurusan Muamalat daripada USIM. Beliau kini memegang kedudukan akademik di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebagai Assistant Senior Professor dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam. Beliau juga memegang beberapa kedudukan profesional di beberapa institusi tempatan dan antarabangsa, antaranya; Pengerusi bagi Administrative Trustee of General Fund and Zakata Committee di Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), ahli bagi Sharia Advisory Body di BIBD, ahli bagi Sharia Advisory Body di BIBD Middle East (BIBD-ME) Dubai, ahli Sharia Advisory Body di Al-Furqan Holdings (B) Sdn. Bhd., ajli bagi Steering Committee for Leadership in Islamic Finance and Economics (LIFE) di Centre of Islamic Banking, Finance, and Management (CIBFM), dan juga ahli bagi Islamic Finance Professional Qualification Committee di CIBFM. Beliau juga seringkali dijemput untuk memberikan syarahan awam, latihan, serta membentangkan kertas kerja di seminar, persidangan serta diskusi di peringkat kebangsaan, serantau serta antarabangsa, di mana jemputan adalah bagi memberikan pembentangan utama. Beliau juga aktif dalam penyelidikan serta penulisan, di mana beliau telah hasilkan sepuluh buku, dua artikel dalam buku, lapan artikel jurnal / majalah, dan lebih 20 kertas kerja pembentangan di seminar dan persidangan. Penulisan beliau kebanyakannya berkait rapat dengan Ekonomi Islam, Kewangan Islam, Perbankan Islam dan Sharia.

X