Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin

Professor Dr. Mohamad Akram Laldin, merupakan Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perundangan Islam dan Usul Fiqh dari Universiti Jordan, Amman, Jordan dan Ijazah Kedoktoran Usul Fiqh dari Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom.

Dr. Mohamad Akram mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan kewangan Islam dan bergiat aktif dalam pembangunan global kewangan Islam menerusi keanggotaan beliau dalam beberapa Jawatankuasa Syariah. Beliau sering membentangkan kertas kerja berhubung dengan perbankan dan kewangan Islam di dalam dan di luar negara. Beliau kini adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Ahli Majlis Penasihat Syariah International Islamic Financial Market Bahrain, Ahli Majlis Penasihat Syariah Labuan Financial Services Authority (FSA), Ahli Penasihat Syariah Dar Al Takaful Dubai, Ahli Lembaga Penasihat Syariah Eco Islamic Bank, Republic of Kyrgstan, Ahli Penasihat Syariah Watania Takaful Abu Dhabi, Panel Pakar Pasaran Antarabangsa yang Diiktiraf dalam Industri Kewangan (P.R.I.M.E Finance) dan lembaga lain di dalam dan di luar negara.

Dalam tempoh daripada 2002-2004, beliau dilantik sebagai Penolong Profesor Pelawat di Universiti of Sharjah, Sharjah, Emeriah Arab Bersatu. Beliau banyak menghasilkan penulisan akademik, khususnya di dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam. Beliau juga adalah penerima Anugerah Zaki Badawi 2010 untuk “Excellent in Shari’ah Advisory and Research”, Anugerah “Most Outstanding Individual Contribution to Islamic Finance” KLIFF 2016 dan penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Kerajaan Malaysia 2017.

X