Prof. Madya. Dr. Mohamed Fairooz Bin Abdul Khir

Berkelulusan B.A (Hons), Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul al-Fiqh), Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000, Ijazah Sarjana (M.A) Syariah, Universiti Malaya pada tahun 2005. Pada tahun 2011 beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Syariah, Takhassus Fiqh dan Kewangan Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Merupakan penerima Biasiswa Bank Negara Malaysia untuk pengajian di peringkat Doktor Falsafah.

Bertugas sebagai Profesor Madya di Sekolah Undang-undang & Syariah, Universiti Islam Malaysia (UIM) sejak 2016. Merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Syariah AGRO Bank, Ahli Jawatankuasa Syariah Maybank Islmic Berhad (MIB), Ahli Jawatankuasa Syariah MNRB Holdings (Takaful Ikhlas), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan dan Ahli Jawankuasa Panel Pematuhan Syariah, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh Muamalat, kewangan dan perbankan Islam serta Maqasid Syariah.

X