Dr. Mohamed Hadi Bin Abd Hamid

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LLB (Hons)), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Shari’ah) (Kepujian) (LLB (Shari’ah) (Hons), Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan dan Ijazah Doktor Falsafah Undang-Undang (PhD), kesemuanya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Memulakan kerjaya sebagai pelatih dalam kamar dan diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada Mac 2010, seterusnya ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Kelantan pada Januari 2012 dan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada Mei 2012.

Sebelum berkhidmat di Etiqa pada Julai 2011, beliau merupakan pensyarah undang-undang di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM dari Julai 2010 sehingga Julai 2011. Beliau merupakan Setiausaha, Jawatankuasa Syariah Etiqa Takaful Berhad (kini Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad) sejak Mei 2015.

X