Dr. Mohd Nahar Bin Mohd Arshad

Beliau memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B. Econs. Hons), dan Ijazah Sarjana Ekonomi (MEC) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada 2011, beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dari University of Tasmania, Australia.

Beliau memulakan karier akademiknya sebagai penolong pensyarah pada tahun 2000 di UIAM. Beliau juga pernah bertugas sebagai tutor di University of Tasmania dari tahun 2008 sehingga 2011. Dari Jun 2016 ke Disember 2017, beliau menjadi Ketua Jabatan Ekonomi, Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM. Kini beliau memegang jawatan sebagai Profesor Madya di Jabatan Ekonomi, Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM.  Beliau juga merupakan Editor Bersekutu (Associate Editor) untuk Internasional Journal of Economics, Management and Accounting (IJEMA).

Bidang kajian beliau tertumpu pada ekonomi Islam dan ekonomi pekerja. Beliau mempunya saluran YouTube khusus berkenaan ekonomi Islam di https://www.youtube.com/c/sonnahar

X