En. Ezry Fahmy Eddy Yusof

Senior Associate, Penasihatan & Penstrukturan Syariah (Shariah Advisory & Structuring) di Guidance Investments Sdn. Bhd., beliau bertanggungjawab dalam pembangunan dan penstrukturan untuk produk pembiayaan dan pelaburan dana patuh Syariah, menguruskan usaha wajar (due diligence) kepada bakal pelanggan dan hal ehwal melibatkan kepatuhan Syariah untuk dana-dana yang diuruskan di Amerika Syarikat, Negara-negara Teluk (GCC), dan Asia. Sebelum ini, beliau berkhidmat di Jabatan Pengurusan Syariah, Maybank Islamic Berhad yang mana beliau bertanggungjawab memberikan penasihatan Syariah kepada perniagaan dan operasi berkaitan Syariah di bawah Kumpulan Maybank. Ketika itu beliau juga terlibat dalam proses pengurusan risiko tidak patuh Syariah, melalui penglibatan meluas dalam membentuk Kerangka Tadbir Urus Syariah dan Polisi Kepatuhan Syariah bagi Kumpulan Maybank. Beliau memulakan kariernya di Hong Leong Islamic Bank Berhad, yang mana beliau juga terlibat sama dalam usaha penggabungan Hong Leong Islamic Bank Berhad dan EONCAP Islamic Bank. Beliau merupakan graduan sarjana Professional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP) dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dan Pengurusan Sains, dengan pengkhususan dalam Ekonomi Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

X