En. Hafni Mohd Said

Dianugerahkan Bachelor of Commerce (Accounting) dari Dalhousie University, Halifax, Canada pada tahun 1992. Memperoleh Masters of Business Administration (Finance) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008.

Karier di sektor perbankan bermula pada tahun 1992 sebagai Management Trainee di Development & Commercial Bank, Kuala Lumpur (kemudian bertukar nama kepada RHB Bank Berhad) sebelum diserapkan ke bahagian audit dalaman. Jawatan terakhir sebelum menyertai Bank Muamalat Malaysia Berhad pada Jun 2010 adalah sebagai Ketua Jabatan, Audit Perbankan Islam dan Subsidiari di RHB Bank Berhad. Menyertai Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai Ketua Audit Dalaman sebelum bertukar jabatan ke bahagian Kewangan sebagai Ketua Division Kewangan pada November 2014 sehingga kini.

X