Dr. Haji Mohd Aidil Yusrie Bin Haji Shari

Dr. Mohd Aidil Yusrie bin Shari pada masa ini bertugas sebagai Penolong Profesor (Kewangan Islam) di Universiti Islam Sultan Shari Ali (UNISSA). Sebelum ini, beliau adalah seorang Islamic Finance Specialist di Islamic Development Bank (IsDB), di mana beliau terlibat dalam memberikan Bantuan Teknikal untuk membangunkan industri kewangan Islam dengan tumpuan kepada pembangunan rangka kerja perundangan dan penyeliaan.

Sebelum itu, beliau adalah Pengurus (Penyeliaan Pasaran Modal) di Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan juga pernah diperbantukan ke Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah ‘pengawalseliaan’ program. Sebelum AMBD, beliau adalah Timbalan Pengurus di Jabatan Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Terdahulu, beliau bekerja dengan HSBC dan BIBD At-Tamwil.

Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah Syariah (2016) dan Sarjana Syariah (2010) daripada UNISSA dan Sarjana Muda Syariah (2007) daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD). Dianugerahkan Investment Foundation Certificate oleh CFA Institute pada 2016.

X