Pn. Hajah Noraini Binti Haji Buntar

Berkelulusan B.A Syariah Islamiah (Hons), Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir pada 06 Ogos 2001. Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang Fiqh & Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 16 November 2013. Di samping itu juga, mengikuti Fiqh Muamalah Professionals Program (FMPP) yang dianjurkan oleh Centre For Islamic Banking Finance and Management (CIBFM), Negara Brunei Darussalam pada Mac 2018.

Mula bertugas sebagai Pegawai Pelajaran Ugama di Jabatan Pengajian Islam pada tahun 2002. Setelah itu berpindah ke Jabatan Mufti Kerajaan sebagai Pegawai Istinbat pada tahun 2005 dan sekarang memegang jawatan sebagai Pegawai Istinbat Kanan di Bahagian Ifta. Dilantik sebagai Ahli Badan Penasihat Syariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sesi 2018-2020. Dilantik sebagai Ahli Jawantankuasa Tadbir Pemegang Amanah Dana Maslahat Umum dan Zakat Bank Islam Brunei Darussalam sesi 2018-2020. Terlibat dalam menghadiri pelbagai seminar, simposium, bengkel dan muzakarah berkenaan dengan Fiqh Muamalat, kewangan dan perbankan Islam.

X