Prof Dr. Mohamed Aslam Haneef

Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Ph.D merupakan Professor di Jabatan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah menerbitkan pelbagai buku dan jurnal artikel serta menjalankan kajian dalam pelbagai aspek Ekonomi, Kajian Pembangunan dan Ekonomi Islam. Merupakan felo di Fulbright and Commonwealth di Georgetown Universiti dan Centre of Islamic Studies, Oxford. Beliau juga merupakan ahli bagi lembaga editor jurnal serta pengulas bagi manuskrip jurnal dalam ekonomi Islam. Menjalankan bengkel pendidikan ekonomi Islam di Asia Tenggara sebagai usaha untukĀ  mempromosikan disiplin ekonomi Islam yang masih belum bertapak kukuh. Beliau juga menyandang jawatan sebagai ahli komiti eksekutif bagi International Association of Islamic Economics (IAIE) sejak 2013 dan International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE) from 2014-2019.

X