Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim

Professor Dr. Asmadi Mohamed Naim ialah Professor di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia semenjak 1999. Beliau ialah bekas dekan di fakulti tersebut selama 7 tahun. Beliau mempunyai pengalaman industry yang luas dalam Syariah dan kewangan Islam dan diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), sejak 2013 and Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak 2014. Sebelum itu beliau adalah Penasihat Syariah Berdaftar dan Konsultan Syariah untuk institusi kewangan Islam sejak 2008 hingga 2013 yang mana beliau terlibat secara langsung merangka produk-produk baru perbankan Islam dan kertas kewangan seperti sukuk. Beliau juga adalah ahli Panel Pakar Syariah JAKIM bermula 2019 hingga 2021 dan ahli Jamaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) iaitu Majlis Fatwa Negeri Kelantan semenjak 2018. Pada Julai 2018, beliau juga telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah, Sintok Agro Sdn Bhd, anak syarikat UUM.

X