Tuan Syeikh Haji Zakaria Othman

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Hadis daripada Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pendaftar di Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) bermula dari tahun 2003. Hasil daripada jaringan hubungan yang baik serta dikenali sebagai seorang yang memiliki buah fikiran yang inovatif, beliau telah beberapa kali dipinjam oleh kerajaan Negeri Kedah bagi berkhidmat menerajui pembangunan negeri bersama-sama dengan ahli pimpinan kerajaan yang lain. Bermula sebagai pengiring Menteri Besar Kedah, beliau akhirnya dipinjamkan ke Perbadanan Menteri Besar Kedah selama dua tahun dan kemudian disambung lagi bagi tempoh dua tahun berikutnya. Tidak sempat kembali berkhidmat semula dalam di INSANIAH dalam tempoh yang lama, beliau dipinjamkan semula kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah bagi tempoh tiga tahun lagi.

Sebaik dipinjamkan ke Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh 2 tahun bermula tahun 2017, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh beliau bagi membangunkan institusi zakat negeri ini. Beliau juga telah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) serta Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Negeri Kedah. Belia juga adalah penerima anugerah Kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah sebagai Ahli Mahkota Kedah (AMK) pada tahun 2009.

X