Ust. Mohamad Amin Bin Ibrahim

Berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Utara Malaysia pada tahun 1998 dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Selangor pada tahun 2012. Memulakan perkhidmatan di Lembaga Zakat Selangor sejak 1999 dan telah bertugas dalam pelbagai posisi termasuk agihan dan kutipan zakat. Pada masa ini diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Penyelidikan & Sekretariat Syariah dan bertanggungjawab menyelia penyelidikan syariah dan penyelidikan strategik di LZS. 

Tanggungjawab semasa meliputi perancangan dan penyelarasan kertas penyelidikan untuk dibentangkan kepada pelbagai jawatankuasa di LZS sehinggalah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.  Diantara bidang pengkhususan di LZS adalah dalam taksiran zakat perniagaan dan berpengalaman dalam taksiran zakat untuk pelbagai kategori syarikat daripada syarikat persendirian sehinggalah syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia.

X